ALAMIA SPA

ALAMIA SPA

Pengikut

Ahad, 14 November 2010

REFLEXOLOGY


Reflexologi adalah ilmu yang berdasarkan pada prinsip titik reflex, kaki dan wajah yang berlangsung berikutan dengan kelenjar, organ dan masa lalu kesihatan tubuh.

Reflexologi adalah kaedah unik dengan menggunakan jempol jari untuk menstimulasi daerah reflex yang berikutan berkaitan dengan bahagian tubuh yang berbeza.

Ada lima zon dalam setiap sisi dan garis tengah. Kaki kanan mewakili bahagian kanan dan kaki kiri mewakili kiri tubuh, misalnya paru-paru kanan akan di temui kaki kanan dan kiri pada kaki kiri.

Reflexologi adalah terapi holistik di mana seluruh organ dalaman tubuh di stimulasi melalui picitan pada titik reflex seperti organ kelenjar yang saling berkaitan, stimulasi akan menyebabkan pembaikan kesihatan dan rasa total kesihatan.

Kaki terbina daripada asas yang serupa dengan tangan. Kaki manusia terdiri daripada lebih 70 kilogram tulang dan daging.
Kaki terdiri daripada 26 tulang 33 sendi 107 ligamen 19 otot. Otot-otot kaki adalah antara yang terbesar dan terkuat . Tulang paha adalah yang terpanjang dan terkuat. Lutut adalah sendi yang terbesar di tubuh ia di lindungi oleh tempurung yang terletak di bahagian hadapan. bahagian pergelangan dan tapak kaki mempunyai banyak tulang iaitu 26 tulang ruas. Sendi-sendi pada kaki adalah berbeza. Pergelangan kaki terdapat gelongsor.

Berbalik kita semula kita pada Reflexologi, sebenarnya rasa sakit pada tapak kaki merupakan simptom atau isyarat yang di rangsangkan oleh sistem tubuh bagi menunjukkan berlaku ketidakseimbangan. Ia juga menunjukkan bahawa di bahagian orgen berkenaan sedang mempunyi masalah.

Rasa sakit adalah tanda kecemasan yang bertujuan meminta pertolongan dan bantuan. Rasa sakit ini biasanya  datang apabila  gangguan tersebut telah sampai ketahap yg agak serius. Apabila kotoran tidak di buang ia akan mendap di dalam saluran darah yang pada akhirnya memberi akan menganggu fungsi  orgen dan terjadinya penyakit.

Manakala, gangguan di tahap awal belum mendatangkan rasa sakit, tetapi mungkin baru kebas-kebas, lenguh, penat dan tidak bertenaga   serta sebagainya .. Perlu di ketahui Reflexologi bukanlah rawatan perubatan, sebenarnya Reflexologi bukan mengunakan ubat untuk menyembuhkan penyakit, mala bukan juga membenamka penyakit. Tetapi ia bertujuan merangsang dan membetulkan sistem badan yang tidak normal yang menjadi punca kepada penyakit.

Apabila punca yang menyebabkan penyakit atau sakit telah hilang, ini bermakna masalah dapat di selesaikan dan sakit  menuju ke arah penyembuhan. Rawatan Reflexologi berusaha untuk menangalkan segala kotoran  yang menghalang di dalam pengaliran saluran darah arteri sehingga darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh orgen tubuh yang menyebabkan orgen tersebut akan dapat bekalan yang secukupnya untuk berfungsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan